Pengikut

7 Jenis Fesyen Yang Dibenci Oleh Lelaki


Fesyen Dibenci Lelaki. Wajah Hawa mahu kongsi sedikit mengenai fesyen. Zaman sekarang, sudah bermacam-macam fesyen dijumpai. Malah, ada sesetengah fesyen zaman kini merupakan imbasan atau inovasi daripada fesyen-fesyen lampau.

Banyak fesyen semakin tekno dan sukar untuk dikejar akan pergerakkannya. Sesuai dengan kepantasan dan kelincahan dalam dunia fesyen itu berkembang, ia menjadi kegilaan gadis-gadis muda walaupun adakalanya ia langsung tak masuk akal. Mungkin cantik di mata si pemakai, tapi percayalah bagi seseorang lelaki ada 7 trend fesyen yang meluat dan tidak sanggup dilihat.

7 Fesyen Yang Dibenci oleh Lelaki

Legging

Legging memang selesa di pakai dan sering menjadi pilihan gadis-gadis untuk berfesyen.  Lebih trend jika ia mempunyai corak dan warnanya yang tersendiri. Hmm, tetapi, lain pula pandangan dari seorang lelaki. Mereka menggangap legging adalah sehelai seluar yang aneh. Jika kamu berniat untuk memakai legging bila keluar dengannya, lupakan sahaja. Kerana ia hanya akan menyebabkan kamu berdua ‘bergigit lidah’

SANDAL GLADIATOR
Kalau sebut sahaja kasut jenis ‘Gladiator’ pasti kamu akan terbayang-bayang tali yang berlilit-lilitkan ? Ada setengah gadis mungkinlah suka dengan keunikannya. Tetapi totally NO pada lelaki! Mereka tak suka sesuatu yang merimaskan dan rumit. Jika kami pakai soalan pertama yang sia ucapkan pasti “eh, tak rimas ke you pakai kasut tu sayang ?” dengan sesinisnya!

TUDUNG BERLILIT
Gadis bertudung memang lah manis di pandang. Sejuk sahaja hati siapa yang melihat. Tapi, kalau satu kepala berlapis-lapis tudung di pakainya jangan kata lelaki, orang di sekeliling pun lihat naik rimas dan rasa macam nak tanya je “tak panas ke pakai tudung berlapis-lapis ni ?” betul tak ? Kalau photoshoot mungkin lah sesuai, tapi kalau dah setakat nak pergi berdating lupakan sahaja lah!

BOOTS
Di luar Negara, orang pakai boots di musim sejuk kerana nak megekalkan suhu panas pada badan. Tapi kalau di Malaysia, yang pakai boots tu nak panaskan apa ya ???? Hahh, itu yang akan di fikirkan oleh kaum lelaki. Malah percayalah mereka pasti akan berfikiran nakal dalam minda  tentang “pasti kaki dia berbaukan!” hehehe… tak percaya ? cuba kamunya.

 JUMPSUIT
Jumpsuit adalah pakaian ‘one piece’ yang bersambung daripada bahagian atas hingga ke bawah. Biasanya pakaian ini agak senang di pakai tetapi susah di tanggalkan. Jadi jangan terkejut jika si dia kata mungkin ini yang terakhir baju jumpsuit yang boleh kamu pakai kerana mula rasa rimas melihat kamu pakainya.

 SELUAR HAREM
Seluar ini penah menjadi trend satu masa dahulu. Ia di perkenalkan oleh MC Hammer, Uniknya seluar ini ialah kerana ia longgar dan selesa di pakai. Sekarang, si penggila fesyen mula mengenakan gaya ini semula. Ini salah satu lagi trend fesyen yang cantik di mata perempuan tetapi pelik di mata lelaki. Apa pun sebelum kamu pakai seluar ini tanyalah pendapat si dia dahulu ya.

PAKAIAN BEWARNA NEON
Warna neon memang cantik terutamanya pada aksesori seperti rantai, beg dan sebagainya. Tapi, tahukah kamu lelaki paling tak faham macam mana seorang gadis boleh pakai pakaian yang bewarna neon sambil berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Jadi, macamana? Tergamak lagi memilih fesyen yang akan buat kaum Adam meluat pada kaum Hawa? Oh ya, bukan semua lelaki tidak suka, tetapi kebanyakkan lelaki akan setuju dengan tips fesyen di atas. Tak percaya? Cubalah tanya 5 orang lelaki mengenai fesyen di atas. :)
 
Sumber: Majalah Remaja


0 Response to "7 Jenis Fesyen Yang Dibenci Oleh Lelaki"

Catat Ulasan

Terima kasih atas kesudian saudari dan saudara meninggalkan komen dan rasa.